Baru hari ni dapat nak update semula blog ni. Kononya nak update sekerap mungkin. Dah beberapa kali cuba tulis tapi guna app kat handphone saja. Lupa nak save, buka apps lain dan buat kerja lain. Kekadang hilang sebelum sempat nak save. Siap dah tulis panjang lebar! 😅
Anyway, sekarang ni saya dan suami keluar kejap dari camp. Satu perkara yang jarang sekali saya dapat. Kekadang adalah beberapa kali sehari atau pun seminggu sekali apabila perlu. Jarang keluar kalau tak ada sebab kecuali yg mungkin lebih kerap keluar sebab nak beli fuel untuk generator dan sebagainya. Saya cuma keluar dari camp kalau ada barang dapur yang perlu nak beli.
Bukanlah tujuan utama kami untuk membagi masa hampir sepenuhnya sejak hampir lapan bulan yang lalu. Tetapi, begitulah yang akhirnya berlaku. Begitulah ketetapan yang Allah swt telah tetapkan.
Cadangan awal kedatangan ke Calais adalah seperti orang lain di United Kingdom setelah mendengar berita kematian Aylan Kurdi di Turkey, hanyut di lautan menuju ke Greece bersama keluarga.
Terkenang semasa perjalanan By Road to Malaysia. Ada singgah kejap kat Refugee camp di Turkey. Kat hati, ada tengok beberapa kawan yang buat kerja amal. Hati teringin sangat nak menyumbang. Tapi rasa tak mampu sangat. Hutang banyak. Diri sendiri pun tak terurus dengan pelbagai masaalah. Macam la nak tolong orang lain. Hermmm..tapi, kalau nak tunggu kaya sampai bila? Entah. Tak ada jawapan.
Hati tergerak. Teringat satu ayat yg du baca di facebook: "when you give, you received". Mendalam ayat tu tapi cuma bila kita merasa baru dapat rasa.
Hati tergerak untuk sumbang sikit sebanyak bila ada request kat facebook. Bukan banyak. Dua tiga puluh saja pun tapi bukankah langkah harus bermula. Macam tu lah kan...orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit.
Satu kali, dua kali memberi. Kadang nampak rezeki kita lain macam. Macam ada sikit kelainanan. Tulah fadilat kita bersedekah.
Bila tengok kisah Calais tetiba jadi berita di UK, hati tergerak. Tapi, tak tahu macamana nak mula. Bagi hint pada cik suami, boleh ke agaknya...dia cakap, macamana nak cari sumbangan.
Bersambung kemudian 😁
Photo credit: google

